Tuesday, 26 January 2021

Blateral Plantar Faciitis Part ii

Next appointment .. macam biasa aku pergi dengan mak aku. dah duduk sambil tunggu nombor giliran . aku didatangi makcik ni. dia baik sangat. sembang dengan aku. tanya aku sakit ape bla..bla..blaa. rupanya makcik ni jatuh. patah tulang belakang. Rezeki dia. dia last hari tu. pastu .

 ada abang ni. dia cakap jari dia sakit. check kat sini la .. ada retak. pastu dia tanya aku sakit ape. aku cakap jela sakit aku. lepas tu dia tanya. 

"tak pergi swasta ke?"

aku pun cakap 
"duit lagi ..pergi jela kerajaan. tengok jela macam mana diorang nak buat."

pastu dia tanya lagi.
"claim socso jela."
 
aih senangnya abang ni cakap🤣🤣🤣 

pastu time fisio
doctor lelaki pulak yang check. dia cakap. kaki aku dah teruk. dah bengkak. tukar la keja lain.

aku nak nangis. sebab dia kata teruk. dia suh bt kerja online je , naya la . 😅😅😅

Blateral Plantar Faciitis

 

Assalamualaikum ..


Aku ada story mengenai sakit yang aku alami. tahun 2019 . aku tak pasti bulan berapa. mgkin bulan 11 kot.


aku ada jumpa doc dalam tempat kerja aku. aku mengadu kaki sebelah kiri aku rasa menyucuk. lepas tu dia bagi ubat tahan sakit dengan ubat sapu.


aku pun try. dah habis pun ubat tu masih sakit lagi. aku minta surat tak pakai kasut safety. then, dia cakap kemungkinan kaki ada spur(tulang kecik tumbuh dekat tumit). aku pun macam erm,takut la jugak masa tu.


dia cakap
"kalau nak,saya bagi surat refer swasta(Hospital Pantai Putri) .


aku pun ambil surat tu. aku try bincang dengan family. semua macam


"ehh mahal tau tak. dah la swasta. kamu ingat murah ke.."
parent aku cakap(mak aku la over pun.. abah just diam)


aku pun ada la sembang dengan kawan aku sorang ni. nama dia M. dia la yang offer diri dia tolong bawakan aku pergi hospital. sebab aku cakap aku nak amek grab pergi sendiri.


Aku pun minta cuti pada bos aku. tiba-tiba sepupu aku chat aku. dia tanya


"eh W.. E ni kenapa marah-marah. gaduh dengan membe ke?".


dia printscreen ayat tu. bunyi dia macam ni


"menyusahkan orang je. tak boleh nak sabor ke."
aku lupa balance ayat dari tu.


kau bayangkan kaki aku sakit rasa nak mampus. aku terduduk kat bawah. aku rasa depresses gila. aku menjerit dalam bilik tu.


dia mengadu dekat parent aku weh. abah aku tanya


"yang kamu menjerit dekat tempat keje tu kenapa. tak malu?"


aku just cakap kaki aku sakit. pada masa yang sama aku senggugut.


padahal. aku sakit kaki. sakit hati. sakit senggugut. aku mesej kawan aku tu. pastu dia cakap..


"dah-dah.. nanti aku bawakan. buruk ar gila kalau kau nangis."
bongok ar dia ni.


hari jumaat tu. aku lupa tarikh bila🙄 tapi still bulan 10 kot.


dia ambil aku lambat. 2:30p.m tu baru gerak ke hospital


aku daftar smua. bagi surat doc tu. sambil tu duduk-duduk dulu. kawan aku perhati je orang. lepas tu dia cakap.


"hang tengok , beribu-ribu bayarnya. masak la kau. bawa rm250 je."
hahahaha.


"aku cakap la. tak ape. kau ada kan" .


pastu nama aku pun dipanggil. aku bagi la segala barang aku kat dia.


aku masuk dalam satu bilik X-Ray ni. dia suruh aku baring. dah la pakai baju pendek. dia bagi satu benda alas bawah perut aku.


dia tolak kaki aku pastu macam ada cahaya rakam kaki aku kot.


pastu dah abes. aku boleh keluar. aku tunggu kat tempat tunggu tu.


tak lama tu nama aku dipanggil. dia tak ada explain apa-apa pun. dia bagi macam satu fail.


sambil jalan nak keluar tu aku pun buka la. aku tengok ada satu helai kertas. satu CD. tapi free . tak payah bayar(potong medical claim)


aku baca la. dia kata la kaki aku tak ada Crack.. pastu detect "Calcaneal Spur. yang ni aku tak faham.


kawan aku cakap
"apesal kau tak tanya masa dekat dalam tadi" .


aku pun cakap la
"mana aku tau. jom weh teman aku pergi klinik panel. nanti aku belanja MCD."


dia pun ikutkan jela.
dah sampai tu. aku daftar macam biasa. nama pun di panggil.


aku bagi salam . aku tunjukkan fail pada doc. doc tengok. dia cakap.


"kan betul saya cakap. awak ada spur. apa kata awak refer GH. saya bagi surat"


then, aku balik. bawa surat dan hati yang berat. pasal kawan aku tu. aku belanja dia MCD . aku bagi duit minyak dia tak nak.


terhutang budi banyak oo dengan dia. semoga hang dapat wife yang cantik,baik,setia,aktif badminton. hahahaha.


ok. aku dah sampai rumah. kena bising la dengan mak aku. dia cakap kawan kamu tu laki. orang takut orang belakang sibuk tanya.


aku pun
"yela.. dia nak tolong."


aku tak bagitau pun dekat mak aku. yang adik aku buat story tu.


aku bagitau la dekat parent and adik-adik. aku ada tulang tumbuh dekat kaki.


semua macam terkejut la.


"macam mana boleh tumbuh tulang. kamu buat ape"


once you dah sakit. orang akan tanya kenapa kau sakit. aihhh..


aku cakap la.
"doc suruh refer GH .(lupa tarikh dia,nanti aku check)"


time tu adik aku kot minta cuti.


boleh lak cuti.


abah aku tanya adik aku


"nak gerak pukul berapa"


pastu dia boleh jawab


"tak tau dia."


pastu abah aku cakap


"gerak pukul berapa esok? aku cakap tak tau. pergi pagi la kan selalunya.."


pastu mak aku mula la cakap adik beradik tak sebulu la whats so ever.


abah aku geleng kepala jela.


esoknya aku dah siap. prepare semua. gerak la ke GH. aku nak cari tempat yang check tu. aku tanya la guard. aku cakap je nak pergi sini.


rupanya nama tempat tu 'klinik ortopedik'.


ok la. aku pun ikut la arah jalan yang diberi. masa tu aku jalan dengan adik bongsu aku je. mak dengan adik aku cari parking.


aku pun tunjuk surat pada orang yang ada sediakan meja. untuk bertanya la kot. haha. orang tu ambil surat aku. lepastu serahkan nombor giliran.


aku pun tunggu nombor dipanggil. rupanya kena bayar dulu baru nombor dipanggil. ok kita belajar dulu.


ohh time ni covid19 belum ada lagi gais.


long short story
nombor aku dipanggil. aku masuk dekat bilik yang ditentukan. aku berjumpa dengan doktor pakar perempuan. nama dia macam nama kaler . ape ya. haa"Emerald" . hehe..


dia tanya la. "pernah jatuh ke? ada retak ke tulang."


lepas tu dia tanya


"awak tak ada film X- Ray ke?"


aku cakap la


"itu je yang diberi.


then dia bangun sebentar. dia pergi cari pc yang ada CD . eh yeke. haha.


nampak dia pegang phone. rupanya dia dah ambil gambar tulang guna phone dia.


dia pun tunjuk dekat senior dia kot.
orang tu pun tanya aku


"awak kerja ape? kerja berdiri ke? banyak jalan?"


aku pun jawab jela .


lepas tu diorang suruh aku mengenakan alas pada tapak kaki aku. sebabnya aku minta surat pelepasan supaya tak pakai safety. kaki aku sakit. diorang ni tak faham ke apa.


then, diorg bagi surat untuk buat x-ray pulak. dia cakap


"tunggu luar dulu. nanti saya list ubat dengan MC"


aku pun tunggu jela. tak lama tu dia panggil. dia suruh ambil ubat dulu. nanti dia bagi MC. awat la tadi tak cakap. hahahaa.


mak aku cakap
"meh mak ambil ubat. kamu tunggu MC"


aku stay la dengan adik aku yang bongsu tu.


then,doc tu pun datang dekat aku. bagi balik file. bagi MC . dia cakap.


"nanti bulan depan you buat X-Ray. kita tengok macam mana"


aku pun balik la. parking dia tu nohhh dekat wad bersalin lama. jauh gila nak jalan. mak aku cakap. along la kesian jalan jauh. ermm nak buat macam mana ..


seperti biasa. makin lama makin teruk. kerja makin down . orang sekeliling tak faham. ada yang faham dia backup aku.


pada masa yang sama aku ada try mengurut. sakit weh bila dia tekan dekat tulang tu. dia cakap sebelah kanan dah ada rasa tulang tu keluar. aku cakap nanti ada appointment lagi.


next appoinment tu adik aku teman lagi rasanya.


macam biasa la parking tak ada. keadaan kaki aku yang sakit ni. jalan jela. tapi time tu rezeki aku. dapat parking dekat.


first tempat nak kena pergi. pergi bilik X-ray dulu. dah la salah masuk bilik. hahahaa. aku masuk tempat X-Ray jugak tapi lupa dah.


then pergi satu lagi tempat. aku terus duduk. ada ane tu cakap


"letak la surat dalam bakul."


haha. malu doh.


dah letak tu tunggu kejap.


orang tu panggil nama aku slow gila. mana aku nak dengar. lepas tu buat muka. aihh ..


aku ambil surat. lepas tu orang tu panggil ikut nombor pada surat tu.


then nombor dipanggil.


dia buat beza sangat dengan yang swasta. tak nampak pun dia punya tulang tu. aku ingat dah benjol la. hahahaha.


then aku pergi pulak klinik pakar ortopedikq
kena bayar rm35 kot. sebab aku dikira pesakit luar. melainkan aku pekerja GOV.  ermm


orang tu cakap la aku punya sakit tak seberapa serius.


sebab aku ni kemungkinan sakit daripada rutin kerja yang banyak berjalan.. berdiri lama. tu antara faktor. selalu pekerja kilang memang sakit macam tu.


"You kena pakai kasut yang lembut tapak dia. kasut macam You pakai ni tak sesuai."


ermm.. aku hanya mampu mengangguk. dia tanya ubat ada lagi? aku cakap banyak. aku cakap aku makan ubat ni aku gastrik. lepas tu dia pelik. dia bagi ubat gastrik.


then dia suruh aku tggu luar.


tak lama lepas tu dia panggil aku. dia cakap


"ni You pergi tempat fisio ambil appoinment.. nanti lagi 3 bulan datang sini ok."


aku pun cakap
"terima kasih ye."


aku tanya dia.


"boleh balik ke?"


pastu dia cakap


"boleh balik la. You tak mau MC kan."


yela buat ape aku ambil MC. MC tak laku weh. nanti potong bonus. minta MC untuk hari esoknya tak bagi pulak.


.....so kita pun gerak la ke tempat fisio tersebut.


dapat tarikh 3/3.
pada tarikh tersebut.


aku pergi dengan mak. masa ni time pagi.
dah sampai tu. orang tu garang betul.


dia cakp
"letak jela dalam bakul tu dulu dik"


" aiyooo"
aku cakap dalam hati jela.


aku terus duduk. tapi dia panggil lagi.


dia tanya detail pasal aku la. pastu aku cakap jela apa yang dia nak tahu.


tak lama tu. ada doc perempuan cina. comel je. rambut pendek. hehe..


dia suruh aku duduk. dia tanya


"sebelum ni ada jatuh ke?.."


aku cakap
"tak ada"


dia tanya lagi
"you suka main sukan ape"


aku cakap
"badminton.. hiking"


pastu dia tanya
"you selalu sakit dekat mana"


dia cangkung depan aku nak tengok kaki.


aku tunjuk la. dia tekan-tekan tempat sakit tu. lepas tu dia mcm conteng dekat satu kertas. ada gmbar badan manusia. kat situ nampak dia conteng area yang sakit.


dia tanya aku
" dari rate 1-10 berapa tahap kesakitan you. kalau 1 kita bagi ubat. kalau up lagi kita bagi you cuti la"


aku pun cakap la
'8-9"


dia kata uiyoo.. banyak sakit tu.


lepas tu dia bawa aku ke tempat yang ada budak-budak mandi. masa tu dua suruh aku basuh kaki. keringkan kaki. rendam kaki dalam lilin panas. aku pun rendam la. tp bukan rendam. celup je. 10kali kanan.. 10kali kiri.. then dia balut guna sarung lapik biru. lepas tu dia suruh duduk. dia cakap tunggu sampai saya panggil.


aku dah pishang masa tu. nasib phone ada kat tangan. aku tangkap gambar sarung kaki tu. tak lama tu dia bawa ada sorang aunty ni. dia pun nak celup tangan. aku kaki. lepas tu tunggu 20minit. haha.


dah 20 min. dia muncul. dia buka sarung (sebelum pakai sarung tu kena pakai plastik)  dia suruh buang plastik dengan wax yang dah kering.


then dia ajar la aku buat fisio. sakit weh masa tu. aku ikut jela.


then PKP dijalankan. aku stop smua appoinment. sampai expired la appoinment fisio aku .


kena minta appoinment baru dengan doctor pakar.


time appointment pakar. time ni dah musim covid tu. diorang dok lekat ada sticker merah kat baju aku .. time ni mak aku tak masuk .. aku p sendiri la. sempat la menyembang dengan orang kat situ. bagi tempat duduk. aku pun sakit . tapi utamakan wanita tua.


aku dapat doc cina. hensem. nama dia chong ke ape. lupa dah. dia baik. dia bagi surat tak boleh buat kerja berdiri,jalan banyak. pakai kasut yang aku selesa. selama 3bulan. .lepas tu ambil ubat. dia nak tolong ambilkan. time tu ada masalah line. aku pegi balik ke klinik tu cakap orang tu tak boleh scan. pastu dia bawa aku p farmasi. situ tak boleh. kena pergi dekat depan. lepas tu dia ckap. kesian you kena banyak jalan.


dia ingat dia doc boleh terus amek ubat untuk aku ke. aku gelak je tengok gerak geri dia. baik sangat. tapi kertas dia bagi tu salah nama. dah orang kaunter tu p panggil nama yang salah tu. aku cakap la. doc tu tadi salah bagi surat. tapi saya makan ubat ni. aku tunjuk kad aku.


"aihh.. dia ni buat muka pulak. aku dah explain takkan tak faham."


then macam biasalah . balik dari appointment tu perut minta diisi. aku lapar sangat. aku ajak mak aku pergi chicken rice shop. mak aku sangat . bagi mak aku makan ayam ape entah. yang madu tu. aku tau mak aku dah lapar. kesian mak aku.


KADANG-KADANG KITA RASA MAK KITA TAK FAHAM KITA. SEBENARNYA MAK KITA ATAU PARENT KITA NI MACAM SUSAH NAK PERCAYA. SAKIT KITA NI MACAM NI. AKU TAK MINTA PUN.


sampai sekarang aku still ada appointment. sampai bang jamel mampos. 🤣🤣🤣


ada sekali app tu aku dapat doc melayu. dia pun entah la.


aku tanya dia
"saya ni boleh sembuh ke doc."


lepas tu dia cakap.


"in shaa Allah boleh sembuh. ada je kakak kerja nurse sembuh. memang kalau kerja banyak berjalan,berdiri lama akan dapat sakit ni. kasut pun kena tukar yang lembut."


lepas tu aku ajak mak aku beli kasut baru. kebetulan BATA ada buat promosi. beli jela. memang selesa kasut tu. tu jela aku pakai p kerja. aku pakai p app.


aku pernah minta doc panel aku cucuk. dia pun dah cucuk. dia kata tahan sikit tau dik. skit ni. Allahu Akbar. kesian kamu. masa tu aku nangis dah. sakit gila. dia cucuk kena rasa dekat tulang tu.


ada sekali tu jugak aku minta surat pelepasan pakai kasut safety.


memang tak pernah pakai lepas doc GH bagi surat 3 bulan tu. abes dah tamat tempoh. aku try pakai. sakit weh.


aku nangis-nangis cakap nak minta surat tu.


doc tu tanya


"sakit ke?"


. aku angguk. dia cakap nak cucuk lagi ke? sepatutnya lepas 6bulan bru rasa . ni baru je lagi kan.


pastu dia bagi surat. dia cakap


"kalau bos awak tak accept ni. nanti saya minta GH keluarkan surat untuk awak. "


to be continued.