Tuesday, 21 November 2017

Hidupku 24 tahun

Aku harap mak abah aku akan ditempatkan di syurga kelak. Ya Allah, mak dengan abah aku adalah orang yang menyayangi kami. Kami tahu kami selalu memarahi mak abah tanpa sengaja atau disengajakan. Ya Allah janganlah membiarkan hambamu ini memarahi kedua orang tua kami.

Tanpa mak abah, aku tak ada disini.

Tanpa mak abah, kelengkapanku tak mencukupi.

Tanpa mak abah, aku kelaparan dan dahaga. Mereka yang berusaha mencari rezeki halalmu.

Tanpa mak abah, kasih sayang tak wujud dihati kami.

Tanpa mak abah, aku tak tahu erti pengorbanan.

Tanpa mak abah, tiada orang yang boleh mengesat air mata kesedihan..kehampaan..kekecewaan.

Tiada orang yang memahami diri ini melainkan mak abah.

Aku sayangkan kedua orang tuaku. Ya Allah ampunilah dosa mak abah. Kuatkan hatiku. Kuatkan mental dan fizikal aku. Aku akan berusaha membahagiakan kedua orang tuaku.

Meskipun wang aku takkan cukup untuk membalas segala jasa mereka tapi aku menggunakan tulang empat kerat membantu keluarga aku.

Mereka sahaja tempat aku berharap. Rahmatilah keluarga kami.

AKU SANGGUP

😢

Sunday, 19 November 2017

Jam tangan yang istimewa

Aku tak terfikir langsung minah ni nak bagi jam tangan kat aku. Wey terharu giler. Aku dapat je terus aku pakai walaupun masa tak set lagi. Thanks banyak-banyak beb. Love you. Hahaha.. aku mmg tak berharap orang bagi hadiah ni. Abang azmir bg handbag. Liyana bagi jam. Abah bagi kek birthday. Woww.. i love them.

Sunday, 12 November 2017

Nur Liyana Rosli

Korang nak tau tak? Liyana ni membe aku masa aku kerja di syarikat perindustrian a.k.a Kilang la. Aku memang gemar sangat buli Liyana. Tapi buli yang baik-baik je. Huhu. Dialah kawan susah senang aku. Lepas 5 tahun aku berhenti dari tempat tu pun kami still contact. Tapi susah nak jumpa sebab shift berbeza.
Dia selalu buat aku ketawa dengan perangai dia. Hahaha. Aku pernah marah dia tapi tak ada lah sampai tak bertegur. Dia sebaya dengan aku. Aku pun tak tahu la sejak bila yang boleh rapat. Sedar-sedar dah bertahun-tahun beb. Ni yang baru kenal 4 bulan pun terus tak bertegur. Aku tabik Liyana ni sebab dia tak pernah sakitkan hati aku. Tak pernah nak kutuk aku. Tak pernah lagi la kacau hidup aku 😂.. kalau kacau hidup aku siap la.
Buat masa ni aku akan kenang kau sahabat. Kita kawan sampai bila-bila k.