Aku harap mak abah aku akan ditempatkan di syurga kelak. Ya Allah, mak dengan abah aku adalah orang yang menyayangi kami. Kami tahu kami selalu memarahi mak abah tanpa sengaja atau disengajakan. Ya Allah janganlah membiarkan hambamu ini memarahi kedua orang tua kami.
Tanpa mak abah, aku tak ada disini.
Tanpa mak abah, kelengkapanku tak mencukupi.
Tanpa mak abah, aku kelaparan dan dahaga. Mereka yang berusaha mencari rezeki halalmu.
Tanpa mak abah, kasih sayang tak wujud dihati kami.
Tanpa mak abah, aku tak tahu erti pengorbanan.
Tanpa mak abah, tiada orang yang boleh mengesat air mata kesedihan..kehampaan..kekecewaan.
Tiada orang yang memahami diri ini melainkan mak abah.
Aku sayangkan kedua orang tuaku. Ya Allah ampunilah dosa mak abah. Kuatkan hatiku. Kuatkan mental dan fizikal aku. Aku akan berusaha membahagiakan kedua orang tuaku.
Meskipun wang aku takkan cukup untuk membalas segala jasa mereka tapi aku menggunakan tulang empat kerat membantu keluarga aku.
Mereka sahaja tempat aku berharap. Rahmatilah keluarga kami.
AKU SANGGUP
😢
No comments:
Post a Comment