Saturday, 2 December 2017

Opah dan aku

Aku ingt lagi cikgu minta duit buku bahasa melayu. Aku minta opah duit.. opah datang sekolah, opah bagi cikgu k rm50 .. pada masa yang sama ustazah ke cikgu pompuan panggil aku. Dia lihat baju sekolah aku dah macam mini kurung aku tahun 5 masa tu so tumbuhbesaran berubah di bahagian pinggul secara mendadak. Dia boleh tanya k"enapa pakai baju ni?" Aku bagitahu "opah belikan baju ni. Saya pakai je apa yang ada" .. cikgu k panggil aku di kantin. Dia berikan buku latihan bahasa melayu. Lepas tu dia cakap kat aku "kalau opah tanya mana duit lebih bagitahu kat opah cikgu belikan kamu buku latihan (yang kosong)  ni tau.. buku kamu dah macam belacan" aku senyum je..

Aku balik rumah.. aku bagitahu cikgu belikan buku latihan. Lepas tu aku bagitahu lagi. "Opah baju dah kembang dekat punggung.. tadi ustazah marah sebab pakai baju ni. Kalau tak beli yang baru orang tak nak datang sekolah." Aku sedih beb pengorbanan opah sanggup p pekan carikan baju baru. Kadang2 baju tu xsampai sbulan dah reput. Maklumlah baju pun xberkualiti macam baju mahal ..
Mak dengan abah pun susah masa diorang berada di pekan sana. Aku tak faham lagi masa tu. Sekarang bila dah 24 tahun baru aku faham betapa susahnya diorang.

Im sorry.. sebab tak sempat nak senangkan opah masa opah hidup.

Tuesday, 21 November 2017

Hidupku 24 tahun

Aku harap mak abah aku akan ditempatkan di syurga kelak. Ya Allah, mak dengan abah aku adalah orang yang menyayangi kami. Kami tahu kami selalu memarahi mak abah tanpa sengaja atau disengajakan. Ya Allah janganlah membiarkan hambamu ini memarahi kedua orang tua kami.

Tanpa mak abah, aku tak ada disini.

Tanpa mak abah, kelengkapanku tak mencukupi.

Tanpa mak abah, aku kelaparan dan dahaga. Mereka yang berusaha mencari rezeki halalmu.

Tanpa mak abah, kasih sayang tak wujud dihati kami.

Tanpa mak abah, aku tak tahu erti pengorbanan.

Tanpa mak abah, tiada orang yang boleh mengesat air mata kesedihan..kehampaan..kekecewaan.

Tiada orang yang memahami diri ini melainkan mak abah.

Aku sayangkan kedua orang tuaku. Ya Allah ampunilah dosa mak abah. Kuatkan hatiku. Kuatkan mental dan fizikal aku. Aku akan berusaha membahagiakan kedua orang tuaku.

Meskipun wang aku takkan cukup untuk membalas segala jasa mereka tapi aku menggunakan tulang empat kerat membantu keluarga aku.

Mereka sahaja tempat aku berharap. Rahmatilah keluarga kami.

AKU SANGGUP

😢

Sunday, 19 November 2017

Jam tangan yang istimewa

Aku tak terfikir langsung minah ni nak bagi jam tangan kat aku. Wey terharu giler. Aku dapat je terus aku pakai walaupun masa tak set lagi. Thanks banyak-banyak beb. Love you. Hahaha.. aku mmg tak berharap orang bagi hadiah ni. Abang azmir bg handbag. Liyana bagi jam. Abah bagi kek birthday. Woww.. i love them.

Sunday, 12 November 2017

Nur Liyana Rosli

Korang nak tau tak? Liyana ni membe aku masa aku kerja di syarikat perindustrian a.k.a Kilang la. Aku memang gemar sangat buli Liyana. Tapi buli yang baik-baik je. Huhu. Dialah kawan susah senang aku. Lepas 5 tahun aku berhenti dari tempat tu pun kami still contact. Tapi susah nak jumpa sebab shift berbeza.
Dia selalu buat aku ketawa dengan perangai dia. Hahaha. Aku pernah marah dia tapi tak ada lah sampai tak bertegur. Dia sebaya dengan aku. Aku pun tak tahu la sejak bila yang boleh rapat. Sedar-sedar dah bertahun-tahun beb. Ni yang baru kenal 4 bulan pun terus tak bertegur. Aku tabik Liyana ni sebab dia tak pernah sakitkan hati aku. Tak pernah nak kutuk aku. Tak pernah lagi la kacau hidup aku 😂.. kalau kacau hidup aku siap la.
Buat masa ni aku akan kenang kau sahabat. Kita kawan sampai bila-bila k.

Monday, 30 October 2017

Terkilan

Aku tak tahu la apa salah aku. Kau berubah 360° .. kau lupakan aku bila kau happy. Bila kau sedih aku la jadi tmpt kau nak mengadu. Wey kalau kau ajak aku jalan paling pun kalau tak duit myk aku hulur. Wey apa yang aku dah buat sampai aku kau tak hiraukan.. kau pergi kantin berdua je. Kau nak pergi mana-mana pun berdua je. Betul la kata mak aku kalau berkawan dalam 3 orang mesti akan tinggal berdua. Aku redha wey.. aku ni tak ada harta. Kereta apatah lagi.. nak memandu takot. Wey aku mmg akan atasi takot tapi bila aku dah ada hak sendiri. Aku tak kisah pun kau nak bt aku macam babu kau ke ape . Kalau aku sentap pun kau agak-agakla dalam berkata-kata tu.. kau pun sentap kan kalau aku cakap pasal warna kulit.. tak apa wey.. Allah ada. Dia tahu dalam hati hamba dia mcm mana. Aku tak kisah kalau kau lupakan aku ..

Monday, 15 May 2017

Teluk senangin

6:00 a.m aku bangun menyiapkan makanan nk dibungkus tuk mandi manda.. tak ada makan mewah pun.. setakat goreng ayam freezer, nuget n sosej je .. air smua mak dah siapkan.. lps masak semua baru la siap2 pakai baju mandi ..

7:10 a.m kami gerak ke teluk senangin tapi sebelum tu singgah makan kat sungai batu pantai remis .. udoh nak kena musing blik 😂😂 .. mklumlah tmpt org jual hasil laut mmg la byk lalat kn .. sabo je..

Lepas pekena roti canai, aku tak tau dah pukul bpe   asenya ada la dlm kul 9 lebih kot ..

kita semua gerak ke teluk senangin😍😍 .. tempat yg paling menarik.. saya suka! saya suka!  .. kami pun cpat-cpt menuju ke suatu pondok tu.. tiba-tiba ada pakcik tu teriak dr jauh " kat situ dah ada org booking".. segan sikit.. masa tu org tak ramai lagi .. dia pun tunjukkn tmpt yg tak ada org booking lagi.. alhamdulillah.. pondoknya mmg cntik dan kukuh untuk menempatkan kami yg berupa gedebak gedebuk ni 😂😋..

Aku pun terus letakkan brg2 semua.. smbil tu tggu jiran sebelah rumah ni dtg.. saje nak meriahkan majĺis .. aku tak sabar dah.. aku dgn adik no 3 beli ape nama yg ala2 penyelam pakai tu.. tu la dia.. harga rm15.. xtau la mahal ke murah..

Aku dengan adik aku no 3 pun merasmikan benda tadi tu la.. hehe.. adoi dah berapa tahun tgglkan laut masih masin rupanya.. ada tambah perisa minyak bot mungkin.. sedikit pahit.. 😄 .. tapi xpe jnji dpt seronok dgn fmly .. dlm 15mnt mcm tu jiran pun smpai.. perghh mmg ramai.. yela diorg tu best.. tak rancg pun blh jln rncgn diorg.. jeles tgk..

Aku sebenarnya dah penat nak menaip.. nantilah aku sambung..

Chawww..

Friday, 14 April 2017

See you Opah Again

Rindu opah time bt bahulu sama×2 .. masa tu opah suh aku pukul telur .. aku pun dah lupa berapa biji telur yg diperlukan.. ermm ..

Aku seakan tahu yang opah akan pergi buat selamanya ..
Aku cuba nak menulis setiap kata2 yg opah keluarkan ..
Aku nak jadikan dialog tp aku cepat putus asa..
Hanya kita berdua je masa tu..
Aku rindukan saat tu..
Aku syg opah..
😖😭

Sunday, 12 March 2017

Tanya Jodoh

Tadi aku blik rumah opah.. sbb rindukan opah .. aku blik je terus mSuk bilik buka tudung lpas tu berehat.. fuhh panasnya cuaca harini (panas dunia) .. aku sje belek2 handphone .. buka video tgk LEGEND OF THE BLUE SEA .. tiba2  dengar opah sembang dgn adik.. dia tye adik bpe bulan dah tunang bla bla bla .. lps tu dia tukar topik dia tye along dah ada kawan ke? Bila lagi nak tunang .. oih(nama samaran abah aku) dah tau ke? .. aku dok senyap je.. adoi opah..opah.. kalau ye pun nak berbisik awok boleh dengor ha.. tya la tuan badan ni sendiri.. sabor jela.. hm

Sunday, 19 February 2017

Life is fair

Kau hancurkan hubungan orang
-ternyata hubungan kau sendiri dingin

kau rampas laki org
-org rampas laki kau

Kau musnahkan life org
-life kau hancur dulu sementara life org lain di ambang telur dihujung tnduk

Kau makan duit org yang dibebani ujian
-duit yang kau dapat tak berkat dan selalu tak mencukupi

Kau memfitnah org
-pada masa yang sama ape yang kau perkatakan itulah terkena pada kau sendiri

Kau mencaci maki org
-hidup kau takkan tenang selagi orang tu tak maafkan kau

Ya aku mengaku aku tak sempurna .. tapi ape yang aku harapkan, semuanya dah ada depan mata .. sebenarnya ALLAH ITU MAHA ADIL ..

Monday, 30 January 2017

Saat-saat terakhir kita berdua

Kul 12 aku dikejutkan opah.. opah memegang minyak afiat .. opah suruh aku urutkan dada .. masa tu dada opah berombak2 seperti menahan sakit .. opah menyandarkan sedikit badannya di papan katil tmpt aku tdo.. opah aku bersuara "wanie, opah nak air minum".. segera aku menuruti apa yang opah mahu .. aku segera menyuakan air pada opah.. opah minum hanya sedikit sekadar mahu membasahkan tekak.. aku meneruskan lagi mengurut blkang opah pulak .. masa tu aku dah menangis.. aku berdoa pada Allah .. "ya Allah sembuhkan opah segera. Aku tak nak kehilangan opah. Aku sayang opah" .. tiba2 opah bersuara lagi, opah cakap opah nak air.. aku pun menyuapkan lagi, opah hanya mnum sedikit sgt.. opah pun terus baring .. masa tu aku tak tahu apa2, aku baru berusia 13 tahun .. aku cuma dengar opah cakap "Allah.. Allah.. Allah.. lpas tu keadaan jadi mcm cepat sangat..aku nampak tangan opah seakan jatuh lemah di tepi katil ..

Sambil menangis aku mendapatkan telefon, aku lantas mendail no tel rumah mak .. "hello mak, opah sakit." Mak aku suruh aku kejutkan jiran tp aku takot.. jam menunjukkan kul 03:00 pg..

Mgkin mak telefon makck aku, makck aku sampai. Makck terus dapatkan opah .. dia ckp "opah dah tak ada" .. aku terus menangis dan menangis .. aku kehilangan orang yang paling aku sayang ..

Beberapa minit kemudian mak abah n adik2 aku pun sampai.. kami diselubungi kesedihan .. hari itu hari yang paling pedih untuk aku jalani ..

Semuanya makcik2 yg uruskan.. aku hanya menemani opah .. tiba masa opah dimandikan , mak panggil aku untuk mandikan opah buat kali terakhir.. smbil menahan rasa sebak aku menuruti ape yang mak aku arahkan
Setelah opah selesai dimandikan dan dikafankan , mak panggil aku lagi untuk mencium opah untuk terakhir kalinya .. puas mak memujuk menarik tangan aku.. aku cuma cakap "along tak mampu mak.. along tak mampu.." *bila aku dah dewasa baru aku menyesal.. kalau aku kuat masa tu mesti aku dapat kucup opah buat kali terakhir ..

Orang-orang yang hadir semua mencari aku.. ye la aku yang tinggal dengan opah, teman opah .. semua hulur duit pada tangan aku .. setelah majlis selesai , aku hulurkan duit tu pada mak.. mak aku tanya "ni duit untuk ape" .. aku cakap la "duit ni ada orang ramai bagi along.. along nak tambah untuk opah. Ni bukan untuk along"

26.04.2006 tarikh yang takkan aku lupa sampai bila-bila
Tarikh yang sama dengan hari kelahiran abah ..

Kebetulan yang paling pelik
*Dalam sebulan tu aku ingt lagi aku hari-hari telefon mak abah, aku nak minta sapu tangan. Hari-hari, sampai abah pelik. Ni dah lain dah ni.

*opah aku suruh aku solat , aku angkat kipas dari luar ke dalam bilik.. opah cakap "wanie, nanti dalam kubur mana ada kipas"

*tapak kaki dan tapak tangan aku terasa gatal .. aku tak dapat nak bayangkan gatal dia tahap yang macam mana. Hanya Allah yang tahu. Rupanya aku nak keluar dari rumah tu dan aku terima banyak duit dari orang kampung (budak kecik mana boleh simpan banyak duit) ..

*mata kiri aku selalu berdenyut. Rupanya nak meratapi pemergian opah.

*sejak aku tinggal dengan opah dari tadika dia tak pernah berganjak tempat tdo dengan aku, tapi pada bulan tu dia tidur di luar katanya senang nak bangun.. rupanya opah nak mengasingkan diri dia.

Aku tak lagi makan gulai tempoyak, aku hanya makan bila opah masak .. lpas dari tu nak rasa ckit pun tak blh dah..

Tu je yang aku nak kongsikan.. rasanya banyak lagi .. sebelum lupus dari ingatan baik jadikan penulisan.
130129 -kena simpan ni smpai bila2 ..

Al fatihah buat opah..

Monday, 23 January 2017

Rabiah Binti Kulup Talib

Suatu masa dahulu sewaktu aku kecil umur aku baru je 12 tahun .. aku pernah berjanji pada arwah opah
"Kalau Wanie dah besar nanti, wanie akan bawa opah pergi jalan-jalan."

Sebabnya aku kasihan tengok opah, opah hanya sendiri pergi ke klinik, beli barang masakan untuk kita berdua semua naik bas.. masa tu ada la bas.. sekarang bas dah tak masuk .. aku bersyukur sangat masa opah masih ada, semuanya dipermudahkan walaupun aku sering menyusahkan opah ..

Aku ingt lagi satu kejadian. Kakak sepupu aku hulur chewing gum pada aku, aku pun kunyah-kunyah chewing gum sampai dia lembik sgt kot.. tiba-tiba aku tertelan, aku pun terus panik dan menangis .. aku meronta-ronta menjerit "opah, wanie tak nak mati" itu je yang aku ulang sampai la aku memuntahkan chewing gum tu.. byk sgt kenangan dgn opah tapi aku susah nak ingat balik.. hm..

Sekian
Al-fatihah buat opah

Thursday, 19 January 2017

Dasar mulut bangkai

Ada org pertikaikan dulu rapat knp skg jd musuh.. mnta maaf ckp klu mulut bgkai smp mati aku xkn lupa .. dok canang cerita org sana sini mcm kau perfect..  sibuk pasal aku.. bt aku dgn adik aku tak bertegur berbulan2 .. kerana mulut kau la.. dah ada mcm2 ujian dpn mata pun tak sedar diri lg.. ingt aku tak tahu ke kisah kau..  hey aku tak suka sibuk hal org len.. mcm tu jgk aku tak suka org sibuk hal aku.. lu pikir sendiri la. Smp mati pun aku tak hadap nk tgk muka kau..

Nanti kerana mulut kau habes org ingt smua mulut org kerja kilang ni mcm jilake.. huhuhu

Wednesday, 18 January 2017

Assalamualaikum Opah

Assalamualaikum .. Wanie pernah janji dengan opah bila wanie dah besar, wanie nak bawa opah jalan-jalan.. tapi tak kesampaian.. opah pergi masa wanie umur 13 tahun.. mmg tak sempat nak dapatkan lesen .. bila wanie dah 24 tahun ni la baru terhegeh-hegeh nak dapatkan lesen .. kekesalan itu ada tapi apakan daya Wanie kena terima qada' dan qadar Allah

Wanie cuma bayangkan yang opah sentiasa ada dengan Wanie.. Wanie dah lupa kenangan kita bersama dulu.. tapi Wanie tak boleh lupa kasih dan syg yg opah bagi pada wanie ..

Sekarang Wanie dah mula pentingkan mak abah dan adik-adik.. jangan ada sikit pun yang sentuh diorg, Wanie sanggup berperang (tapi bukan perang guna pedang tu). Mulut ni akan segera jadi lancang dan jahat . Wanie cuma nak bahagia dengan keluarga Wanie.. tanpa diorg siapalah Wanie ni 

In shaa Allah, kalau wanie bertemu seseorang dan bersama dia kelak. Wanie akan bawa dia kepada opah. Wanie takkan pernah lupakan kasih sayang yang opah bagi pada Wanie.

HANYA OPAH , WANITA YANG TERHEBAT KERANA LAHIRKAN ANAK SEPERTI MAK .. MAK SENTIASA BERSAMA WANIE KETIKA SUKA DAN DUKA WANIE .. SAMA MACAM OPAH..

TERIMA KASIH YA ALLAH ATAS KASIH DAN SAYANG YANG ENGKAU BERI INI ..

Semoga opah tenang disana.. doa Wanie sentiasa bersama opah ..

Tuesday, 17 January 2017

Dear PAKCIK

Assalam pakcik.. wanie dah sahut cabaran pakcik.. wanie dah ada lesen kereta dah tau.. tapi pakcik tak sempat nak tahu wanie dah ada lesen.. pakcik selalu bg semangat pada wanie.. nak dekat setahun wanie nak dapatkan lesen ni tau.. hehe.. nanti wanie akan cuba melawat pakcik.. damailah pakcik disana..

Alhamdulillah lulus test ulangan JPJ dgn jayanya

Kul 4.30 pagi aku dah bgn .. siap-siap mandi semua.. lpas tu aku terus berniat nak lakukan solat hajat..

Setelah selesai aku baring smbil bertelekung lagi.. aku pegang nota yang cikgu bg tp mata pejam.. abah aku masuk bilik.. dia kata "aih , tdo blik." .. aku senyum je.. abah pesan "japgi bt elok-elok tau.. bt ape yg cikgu ajar kelmarin" .. aku dengar je.. abah pun terus hulur tgn nak salam.. aku cium pipi kiri kanan abah..

Kul 6 mcm tu tggu giliran nak ambil air wudhuk.. sbb ramai yg nak guna toilet😁 .. aku keluar sempat lagi bg yoda makan nasi ngn ikan rebus.. smbil tu aku bisik kat yoda "yoda, doakan aku lulus tau-tau.. t aku nak bawa kau pergi vet.." aku cium peluk yoda.. tiba-tiba mak aku nampak.. mak marah aku.. huhuhu.. tak pela mmg salah aku pun.. hm..

Aku cepat-cepat masuk toilet ambil wudhuk.. lpas solat tu aku amalkan ayat yg aku dpt dari blog someone(aku lupa nama dia) .. tenang sangat rasa hati ..

Kul 6:30a.m
Aku dah siap pakai bedak pakai tudung semua, aku get ready tggu mak aku plak.. dia yg tlg hantarkan aku kat simpang Klinik Tanah Hitam .. besar sgt pengorbanan mak .. sarapan dlu sikit biar ada isi dlm perut 

Kul 7:10
Aku dan mak vroomm-vroom naik moto menuju ke destinasi .. time ni dah dup dap dup dap .. fuhh semangat ..

Kul 7:30
Pakcik dah smpai .. aku pun naik dgn pakcik .. sampai je dekat litar .. aku dah berdoa dlam hati "ya allah semoga ini lah kali terakhir aku jejakkan kaki kat sini" aaamin😘

Aku terus ambil no .. sesi 3 no 3 ulangan bahagian B .. xsempat nak snap no(aku bukan heran pun nak snap-snap ni kononnya bt kenangan😅).. aku terus je duduk dkt kantin menungu giliran.. tiba-tiba yg ulangan jalanraya di dahulukan.. kami kena pergi tggu tempat lain.. adoi mcm2..  sembang-sembang dengan kawan baru.. muda 3 tahun dari aku.. dia lagi kecut perut sebab dia no 1..

Beberapa lama kemudian kami ditegur oleh en JPJ .. dia cakap "ulangan bhagian litar ke?" Kami anggukan kepala je.. dia ckp lagi "jom daftar dlu keluarkan i.c dan lesen" padahal dia amek lesen je.. sje je kan..

Kena tggu lagi tapi tak lama.. lepas je daftar terus diarahkan tggu kat pondok dkt dgn bukit ..

Kami tgk je telatah org-org baru nak bt test.. mcm-mcm ragam.. untung nya kami ditemani oleh cikgu ape ek lupa nak tau nama.. dia ni rajin sembang.. lpas tu cerita pengalaman dia.. hilang sikit gabra.. dia kenakan kami .. dia bgtau, " aku kalau budak ulangan ni tak leh kata ape la.. " lpas tu dia tye sorg-sorg gagal ape.. dia tye aku, aku gagal parking " dia ckap "haa, kamu ada lagi 4 kosong blh pilih nak gagal yang mana" adoi tutp muka aku bt-bt malu.. padahal dah biasa..

Setelah rentung kami menunggu almaklumlah dah panas sbb jam menunjukkan kul 12.30p.m no kami di panggil tuk RPK dgn RSM .. ada keajaiban kat situ.. ingtkan kna bgtau semua.. fuhh alhamdulillah.. pnyalah bergetar lutut ni nk bgtau satu-satu komponen dlm kete tu tiba2 pakcik tu bersuara "dah bpe kali ulang ni " aku bgtau "dua kali encik".. "ok dah" katanya.. aku tgk membe aku mcm pggil blik ketempat asal.. aku ckp ngn encik tu " terima kasih encik".. dia blas "sama-sama" .. 😊😊😊

Kesengsaran yg ke2 plak .. RSM (RUTIN SEBELUM MEMANDU) no aku dah dipanggil tp chop cikgu tu ada bgtau "jgn risau doaku sentiasa bersamamu" cewwah.. aku pun berlari anak mendapatkan kereta tapi kereta tak sampai lg.. beberapa minit kemudian baru sampai..

Aku pun memulakan RSM
Aku betulkan tempat duduk smua.. on suis sikit baru npk tolok suhu ,tolok myk injin , amaran myk , amaran semua amaran la.. aku nak pegang cermin knn tiba nak pegang cermin kiri en JPJ bukak pintu smbil tersenyum ok dah ckop .. aku pun terus ucapkan terima kasih encik.. dia bgtau "ok nanti ikut side kiri ye.. "  fuhh , berfuhh aje aku ni kan.. tiba giliran aku, aku terus memecut nak ke bukit.. smp je aku terus tekan cekam dan brake.. aku kena tegur dgn encik dalam pondok tu.. dia ckp "amboi lajunya. Slow2 ye .. nanti bt yg terbaik .. ok encik terima kasih .. aku terus melangkah ke parking..

Smp di parking dan seterusnya di selekoh "z"  aku bt dgn yg terbaik.. smp je di garisan akhir encik tu tegur " nanti dah abes terus parking kat sana tau" tiba-tiba tup mati enjin ..  dgn dak india ada sekali ngn aku pun mati injin.. encik jpj tu ckp ngn kami " udah berjangkit pulok kome" .. aku senyum je smbil ucap terima kasih..

Dalam hati ada bunga-bunga gitu . Alhamdulillah.. tak sia-sia ape yg aku hadapi selama ini.. aku terus dapatkan cikgu garang aku tu.. aku ckp "pakcik, terima kasih byk2" .. dia pandang dia kata "haa ok dah?" Dah ok dah.. tiba-tiba sebak pulak.. huhu.. ada sorang pakcik tu tye "kamu blik naik ape?" Aku ckp "nanti sya telefon mak, pakcik yg anta tadi tak boleh ambil sya" .. perbualan terhenti disitu.. aku terus ambil result.. alhamdulillah walaupun ngam-ngam tp mmg berpuas hati ..

Aku terus capai telefon .. sambil dail no mak tiba-tiba sebak pulak.. mak jawab call aku.. aku cakap "hello mak," mak aku ckp "hello ye" hello .. dok hello2 je .. sbb aku tak dapat nak ucap ape2 kata.. ya Allah.. aku terus taip mesej "assalam , mak along dah ok ni.." tu je aku dapat ucap.. bila dah reda sikit baru aku call mak.. "hello mak, mak blh ambil along sekarang tak? Tp kalau ambil kul 2 pun ok , along blh tggu.." mak aku ckp lagi " ok ke tak ok? Kalau tak ok no meaning la mak ambil kamu, dah lah jauh nun" aku dgn happy nya cakap "ofkos la ok mak .. hehe.. jpg dah redup mak ambil along tau" .. mak aku terus potong ayat aku, dia ckp "nak tggu redup pakai payung la" ..

12:30-01:00 aku menunggu dgn sabar sambil sembang dgn kawan baru .. tiba-tiba abah call.. "along mcm mna ok ke?" .. mula tu sje je nak prank abah tkot kena marah plak .. " ermmm ok bah😙" tanda berbunga hati ni.. abah ckp " alhamdulillah.. aku ckp "lpas ni duit br1m keluar kan bah.. blh beli tayar kete mercedes 😂" .. abah gelak smbil ckp "tengkorak kamu ".. jgn risau ye.. mmg bahasa abah mcm tu.. hehe.. aku gelak je.. aku ckp " abah t makan tau.. along dah lulus.." bukan ape, masa aku gagal first time tu abah aku tak lalu nak makan😢 sedih plak rasanya..

Tepat jam 01:10 mak aku sampai dah.. aku say bye-bye kat kawan baru.. atas moto dok sembang pasal nak beli kereta ape je.. sal JPJ la.. dalam hati aku berbunga2.. yang tak tahan nya mak nak ajak aku pergi bt lesen ptg ni jgk.. huhu.. kan kena tggu 3 hari baru blh bt.. tak pela mak.. berkat pengorbanan mak dari along lahir sampai dah besar ni along jadi mcm ni.. alhamdulillah..

Aaamiin..

Love you all..

Saje kongsi kisah td.. suka2 saja..

Friday, 13 January 2017

TestJpJ

😭 dapat no 7 sesi 1.. last2 failed .. apakan daya .. nanti cuba lagi.. mak abah pun bagi sokong penuh.. love you mak abah.. lpas ni kena la bawa bantal lebih.. satu tuk duduk, satu tuk sandar belakang .. yela ketinggian 149cm je .. yg masih sya tak faham kenapa encik tu marah sya langgar sampah?? Kalau salah sya minta maaf lagi sekali.. huhu

10.01.2017

Sunday, 8 January 2017

DEAR HATI



Mohon kembali kepada sang pencipta.. meski hati tersakiti oleh hamba-hambaNya , kau masih ada DIA yang masih mahu mendengarkan setiap keluhan hati kau ..

YA ALLAH ,
Ampunkan hambamu, ampunkan hatinya yang banyak terasa dengan perangai manusia diluar sana. Aku masih takkan pernah dapat melupakan apa yang dilakukan oleh mereka yang kejam yang sanggup memecah-belahkan keluarga aku . aku takkan dapat lupakan dendam yang tersemat dalam jiwa ni sampai bila-bila . Maaf andai suatu hari dendam ini makan diri aku sendiri . Apakan daya teramat sakit apabila semua fitnah diketahui keluarga , lagi sakit apabila seolah-olah dibuang keluarga kerana termakankan kata-kata fitnah tersebut . ALLAHU AKBAR , hatiku masih teramat lemah untuk memaafkan orang-orang yang kejam terhadap aku . Aku manusia yang tak lari dari kesilapan. Maafkan hati ini seandainya masih tak dapat menerima orang-orang tersebut . SAKIT YA ALLAH , amat SAKIT sekali. Tidakkah mereka berfikir bagaimana seandainya nasib mereka sama seperti aku kelak.


HAI MANUSIA,
Seandainya ada orang mengganggu keluarga kamu, adakah kamu akan mendiamkan diri. Tidak ada sedikitkah pembelaan terhadap maruah dan aib keluarga kamu. Aku sedikit pun belum pernah mengganggu keluarga orang. Ya, ini bahagianku. Aku redha, aku cuba belajar untuk menjadi seorang dewasa.

AKU SUNYI,
Tiada tempat mengadu antara manusia. Sekarang baru aku mencari SANG PENCIPTA kerana DIA satu-satunya yg MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI setiap kata hatiku. Aku hanya bermohon kepada ILLAHI, maafkanlah hati ini kerana tak dapat memaafkan hambanya 2 orang tersebut sampai bila-bila. Kurangkanlah rasa dendam dalam hati ini. Hati aku masih sakit dengan kelakuan hambanya itu. Aku hanya manusia biasa yang masih belum dapat memafkan mereka.


MENANGISLAH WAHAI HATI. MENGADULAH PADANYA
MENGADULAH PADANYA SAMPAI KAU PUAS. SAMPAI KAU DAPAT MELUPAKAN MASALAH KAU WALAUPUN HANYA SEMENTARA. BANYAKKAN MEMBACA “LAA HAWLA WALA QUWWATA ILLAH BILLAH”.MULAI HARI INI JANGAN SESEKALI MEMPERCAYAI ORANG LAIN. NEVER EVER FOREVER.😢😢😢