Monday, 30 January 2017

Saat-saat terakhir kita berdua

Kul 12 aku dikejutkan opah.. opah memegang minyak afiat .. opah suruh aku urutkan dada .. masa tu dada opah berombak2 seperti menahan sakit .. opah menyandarkan sedikit badannya di papan katil tmpt aku tdo.. opah aku bersuara "wanie, opah nak air minum".. segera aku menuruti apa yang opah mahu .. aku segera menyuakan air pada opah.. opah minum hanya sedikit sekadar mahu membasahkan tekak.. aku meneruskan lagi mengurut blkang opah pulak .. masa tu aku dah menangis.. aku berdoa pada Allah .. "ya Allah sembuhkan opah segera. Aku tak nak kehilangan opah. Aku sayang opah" .. tiba2 opah bersuara lagi, opah cakap opah nak air.. aku pun menyuapkan lagi, opah hanya mnum sedikit sgt.. opah pun terus baring .. masa tu aku tak tahu apa2, aku baru berusia 13 tahun .. aku cuma dengar opah cakap "Allah.. Allah.. Allah.. lpas tu keadaan jadi mcm cepat sangat..aku nampak tangan opah seakan jatuh lemah di tepi katil ..

Sambil menangis aku mendapatkan telefon, aku lantas mendail no tel rumah mak .. "hello mak, opah sakit." Mak aku suruh aku kejutkan jiran tp aku takot.. jam menunjukkan kul 03:00 pg..

Mgkin mak telefon makck aku, makck aku sampai. Makck terus dapatkan opah .. dia ckp "opah dah tak ada" .. aku terus menangis dan menangis .. aku kehilangan orang yang paling aku sayang ..

Beberapa minit kemudian mak abah n adik2 aku pun sampai.. kami diselubungi kesedihan .. hari itu hari yang paling pedih untuk aku jalani ..

Semuanya makcik2 yg uruskan.. aku hanya menemani opah .. tiba masa opah dimandikan , mak panggil aku untuk mandikan opah buat kali terakhir.. smbil menahan rasa sebak aku menuruti ape yang mak aku arahkan
Setelah opah selesai dimandikan dan dikafankan , mak panggil aku lagi untuk mencium opah untuk terakhir kalinya .. puas mak memujuk menarik tangan aku.. aku cuma cakap "along tak mampu mak.. along tak mampu.." *bila aku dah dewasa baru aku menyesal.. kalau aku kuat masa tu mesti aku dapat kucup opah buat kali terakhir ..

Orang-orang yang hadir semua mencari aku.. ye la aku yang tinggal dengan opah, teman opah .. semua hulur duit pada tangan aku .. setelah majlis selesai , aku hulurkan duit tu pada mak.. mak aku tanya "ni duit untuk ape" .. aku cakap la "duit ni ada orang ramai bagi along.. along nak tambah untuk opah. Ni bukan untuk along"

26.04.2006 tarikh yang takkan aku lupa sampai bila-bila
Tarikh yang sama dengan hari kelahiran abah ..

Kebetulan yang paling pelik
*Dalam sebulan tu aku ingt lagi aku hari-hari telefon mak abah, aku nak minta sapu tangan. Hari-hari, sampai abah pelik. Ni dah lain dah ni.

*opah aku suruh aku solat , aku angkat kipas dari luar ke dalam bilik.. opah cakap "wanie, nanti dalam kubur mana ada kipas"

*tapak kaki dan tapak tangan aku terasa gatal .. aku tak dapat nak bayangkan gatal dia tahap yang macam mana. Hanya Allah yang tahu. Rupanya aku nak keluar dari rumah tu dan aku terima banyak duit dari orang kampung (budak kecik mana boleh simpan banyak duit) ..

*mata kiri aku selalu berdenyut. Rupanya nak meratapi pemergian opah.

*sejak aku tinggal dengan opah dari tadika dia tak pernah berganjak tempat tdo dengan aku, tapi pada bulan tu dia tidur di luar katanya senang nak bangun.. rupanya opah nak mengasingkan diri dia.

Aku tak lagi makan gulai tempoyak, aku hanya makan bila opah masak .. lpas dari tu nak rasa ckit pun tak blh dah..

Tu je yang aku nak kongsikan.. rasanya banyak lagi .. sebelum lupus dari ingatan baik jadikan penulisan.
130129 -kena simpan ni smpai bila2 ..

Al fatihah buat opah..

Monday, 23 January 2017

Rabiah Binti Kulup Talib

Suatu masa dahulu sewaktu aku kecil umur aku baru je 12 tahun .. aku pernah berjanji pada arwah opah
"Kalau Wanie dah besar nanti, wanie akan bawa opah pergi jalan-jalan."

Sebabnya aku kasihan tengok opah, opah hanya sendiri pergi ke klinik, beli barang masakan untuk kita berdua semua naik bas.. masa tu ada la bas.. sekarang bas dah tak masuk .. aku bersyukur sangat masa opah masih ada, semuanya dipermudahkan walaupun aku sering menyusahkan opah ..

Aku ingt lagi satu kejadian. Kakak sepupu aku hulur chewing gum pada aku, aku pun kunyah-kunyah chewing gum sampai dia lembik sgt kot.. tiba-tiba aku tertelan, aku pun terus panik dan menangis .. aku meronta-ronta menjerit "opah, wanie tak nak mati" itu je yang aku ulang sampai la aku memuntahkan chewing gum tu.. byk sgt kenangan dgn opah tapi aku susah nak ingat balik.. hm..

Sekian
Al-fatihah buat opah

Thursday, 19 January 2017

Dasar mulut bangkai

Ada org pertikaikan dulu rapat knp skg jd musuh.. mnta maaf ckp klu mulut bgkai smp mati aku xkn lupa .. dok canang cerita org sana sini mcm kau perfect..  sibuk pasal aku.. bt aku dgn adik aku tak bertegur berbulan2 .. kerana mulut kau la.. dah ada mcm2 ujian dpn mata pun tak sedar diri lg.. ingt aku tak tahu ke kisah kau..  hey aku tak suka sibuk hal org len.. mcm tu jgk aku tak suka org sibuk hal aku.. lu pikir sendiri la. Smp mati pun aku tak hadap nk tgk muka kau..

Nanti kerana mulut kau habes org ingt smua mulut org kerja kilang ni mcm jilake.. huhuhu

Wednesday, 18 January 2017

Assalamualaikum Opah

Assalamualaikum .. Wanie pernah janji dengan opah bila wanie dah besar, wanie nak bawa opah jalan-jalan.. tapi tak kesampaian.. opah pergi masa wanie umur 13 tahun.. mmg tak sempat nak dapatkan lesen .. bila wanie dah 24 tahun ni la baru terhegeh-hegeh nak dapatkan lesen .. kekesalan itu ada tapi apakan daya Wanie kena terima qada' dan qadar Allah

Wanie cuma bayangkan yang opah sentiasa ada dengan Wanie.. Wanie dah lupa kenangan kita bersama dulu.. tapi Wanie tak boleh lupa kasih dan syg yg opah bagi pada wanie ..

Sekarang Wanie dah mula pentingkan mak abah dan adik-adik.. jangan ada sikit pun yang sentuh diorg, Wanie sanggup berperang (tapi bukan perang guna pedang tu). Mulut ni akan segera jadi lancang dan jahat . Wanie cuma nak bahagia dengan keluarga Wanie.. tanpa diorg siapalah Wanie ni 

In shaa Allah, kalau wanie bertemu seseorang dan bersama dia kelak. Wanie akan bawa dia kepada opah. Wanie takkan pernah lupakan kasih sayang yang opah bagi pada Wanie.

HANYA OPAH , WANITA YANG TERHEBAT KERANA LAHIRKAN ANAK SEPERTI MAK .. MAK SENTIASA BERSAMA WANIE KETIKA SUKA DAN DUKA WANIE .. SAMA MACAM OPAH..

TERIMA KASIH YA ALLAH ATAS KASIH DAN SAYANG YANG ENGKAU BERI INI ..

Semoga opah tenang disana.. doa Wanie sentiasa bersama opah ..

Tuesday, 17 January 2017

Dear PAKCIK

Assalam pakcik.. wanie dah sahut cabaran pakcik.. wanie dah ada lesen kereta dah tau.. tapi pakcik tak sempat nak tahu wanie dah ada lesen.. pakcik selalu bg semangat pada wanie.. nak dekat setahun wanie nak dapatkan lesen ni tau.. hehe.. nanti wanie akan cuba melawat pakcik.. damailah pakcik disana..

Alhamdulillah lulus test ulangan JPJ dgn jayanya

Kul 4.30 pagi aku dah bgn .. siap-siap mandi semua.. lpas tu aku terus berniat nak lakukan solat hajat..

Setelah selesai aku baring smbil bertelekung lagi.. aku pegang nota yang cikgu bg tp mata pejam.. abah aku masuk bilik.. dia kata "aih , tdo blik." .. aku senyum je.. abah pesan "japgi bt elok-elok tau.. bt ape yg cikgu ajar kelmarin" .. aku dengar je.. abah pun terus hulur tgn nak salam.. aku cium pipi kiri kanan abah..

Kul 6 mcm tu tggu giliran nak ambil air wudhuk.. sbb ramai yg nak guna toilet😁 .. aku keluar sempat lagi bg yoda makan nasi ngn ikan rebus.. smbil tu aku bisik kat yoda "yoda, doakan aku lulus tau-tau.. t aku nak bawa kau pergi vet.." aku cium peluk yoda.. tiba-tiba mak aku nampak.. mak marah aku.. huhuhu.. tak pela mmg salah aku pun.. hm..

Aku cepat-cepat masuk toilet ambil wudhuk.. lpas solat tu aku amalkan ayat yg aku dpt dari blog someone(aku lupa nama dia) .. tenang sangat rasa hati ..

Kul 6:30a.m
Aku dah siap pakai bedak pakai tudung semua, aku get ready tggu mak aku plak.. dia yg tlg hantarkan aku kat simpang Klinik Tanah Hitam .. besar sgt pengorbanan mak .. sarapan dlu sikit biar ada isi dlm perut 

Kul 7:10
Aku dan mak vroomm-vroom naik moto menuju ke destinasi .. time ni dah dup dap dup dap .. fuhh semangat ..

Kul 7:30
Pakcik dah smpai .. aku pun naik dgn pakcik .. sampai je dekat litar .. aku dah berdoa dlam hati "ya allah semoga ini lah kali terakhir aku jejakkan kaki kat sini" aaamin😘

Aku terus ambil no .. sesi 3 no 3 ulangan bahagian B .. xsempat nak snap no(aku bukan heran pun nak snap-snap ni kononnya bt kenangan😅).. aku terus je duduk dkt kantin menungu giliran.. tiba-tiba yg ulangan jalanraya di dahulukan.. kami kena pergi tggu tempat lain.. adoi mcm2..  sembang-sembang dengan kawan baru.. muda 3 tahun dari aku.. dia lagi kecut perut sebab dia no 1..

Beberapa lama kemudian kami ditegur oleh en JPJ .. dia cakap "ulangan bhagian litar ke?" Kami anggukan kepala je.. dia ckp lagi "jom daftar dlu keluarkan i.c dan lesen" padahal dia amek lesen je.. sje je kan..

Kena tggu lagi tapi tak lama.. lepas je daftar terus diarahkan tggu kat pondok dkt dgn bukit ..

Kami tgk je telatah org-org baru nak bt test.. mcm-mcm ragam.. untung nya kami ditemani oleh cikgu ape ek lupa nak tau nama.. dia ni rajin sembang.. lpas tu cerita pengalaman dia.. hilang sikit gabra.. dia kenakan kami .. dia bgtau, " aku kalau budak ulangan ni tak leh kata ape la.. " lpas tu dia tye sorg-sorg gagal ape.. dia tye aku, aku gagal parking " dia ckap "haa, kamu ada lagi 4 kosong blh pilih nak gagal yang mana" adoi tutp muka aku bt-bt malu.. padahal dah biasa..

Setelah rentung kami menunggu almaklumlah dah panas sbb jam menunjukkan kul 12.30p.m no kami di panggil tuk RPK dgn RSM .. ada keajaiban kat situ.. ingtkan kna bgtau semua.. fuhh alhamdulillah.. pnyalah bergetar lutut ni nk bgtau satu-satu komponen dlm kete tu tiba2 pakcik tu bersuara "dah bpe kali ulang ni " aku bgtau "dua kali encik".. "ok dah" katanya.. aku tgk membe aku mcm pggil blik ketempat asal.. aku ckp ngn encik tu " terima kasih encik".. dia blas "sama-sama" .. 😊😊😊

Kesengsaran yg ke2 plak .. RSM (RUTIN SEBELUM MEMANDU) no aku dah dipanggil tp chop cikgu tu ada bgtau "jgn risau doaku sentiasa bersamamu" cewwah.. aku pun berlari anak mendapatkan kereta tapi kereta tak sampai lg.. beberapa minit kemudian baru sampai..

Aku pun memulakan RSM
Aku betulkan tempat duduk smua.. on suis sikit baru npk tolok suhu ,tolok myk injin , amaran myk , amaran semua amaran la.. aku nak pegang cermin knn tiba nak pegang cermin kiri en JPJ bukak pintu smbil tersenyum ok dah ckop .. aku pun terus ucapkan terima kasih encik.. dia bgtau "ok nanti ikut side kiri ye.. "  fuhh , berfuhh aje aku ni kan.. tiba giliran aku, aku terus memecut nak ke bukit.. smp je aku terus tekan cekam dan brake.. aku kena tegur dgn encik dalam pondok tu.. dia ckp "amboi lajunya. Slow2 ye .. nanti bt yg terbaik .. ok encik terima kasih .. aku terus melangkah ke parking..

Smp di parking dan seterusnya di selekoh "z"  aku bt dgn yg terbaik.. smp je di garisan akhir encik tu tegur " nanti dah abes terus parking kat sana tau" tiba-tiba tup mati enjin ..  dgn dak india ada sekali ngn aku pun mati injin.. encik jpj tu ckp ngn kami " udah berjangkit pulok kome" .. aku senyum je smbil ucap terima kasih..

Dalam hati ada bunga-bunga gitu . Alhamdulillah.. tak sia-sia ape yg aku hadapi selama ini.. aku terus dapatkan cikgu garang aku tu.. aku ckp "pakcik, terima kasih byk2" .. dia pandang dia kata "haa ok dah?" Dah ok dah.. tiba-tiba sebak pulak.. huhu.. ada sorang pakcik tu tye "kamu blik naik ape?" Aku ckp "nanti sya telefon mak, pakcik yg anta tadi tak boleh ambil sya" .. perbualan terhenti disitu.. aku terus ambil result.. alhamdulillah walaupun ngam-ngam tp mmg berpuas hati ..

Aku terus capai telefon .. sambil dail no mak tiba-tiba sebak pulak.. mak jawab call aku.. aku cakap "hello mak," mak aku ckp "hello ye" hello .. dok hello2 je .. sbb aku tak dapat nak ucap ape2 kata.. ya Allah.. aku terus taip mesej "assalam , mak along dah ok ni.." tu je aku dapat ucap.. bila dah reda sikit baru aku call mak.. "hello mak, mak blh ambil along sekarang tak? Tp kalau ambil kul 2 pun ok , along blh tggu.." mak aku ckp lagi " ok ke tak ok? Kalau tak ok no meaning la mak ambil kamu, dah lah jauh nun" aku dgn happy nya cakap "ofkos la ok mak .. hehe.. jpg dah redup mak ambil along tau" .. mak aku terus potong ayat aku, dia ckp "nak tggu redup pakai payung la" ..

12:30-01:00 aku menunggu dgn sabar sambil sembang dgn kawan baru .. tiba-tiba abah call.. "along mcm mna ok ke?" .. mula tu sje je nak prank abah tkot kena marah plak .. " ermmm ok bah😙" tanda berbunga hati ni.. abah ckp " alhamdulillah.. aku ckp "lpas ni duit br1m keluar kan bah.. blh beli tayar kete mercedes 😂" .. abah gelak smbil ckp "tengkorak kamu ".. jgn risau ye.. mmg bahasa abah mcm tu.. hehe.. aku gelak je.. aku ckp " abah t makan tau.. along dah lulus.." bukan ape, masa aku gagal first time tu abah aku tak lalu nak makan😢 sedih plak rasanya..

Tepat jam 01:10 mak aku sampai dah.. aku say bye-bye kat kawan baru.. atas moto dok sembang pasal nak beli kereta ape je.. sal JPJ la.. dalam hati aku berbunga2.. yang tak tahan nya mak nak ajak aku pergi bt lesen ptg ni jgk.. huhu.. kan kena tggu 3 hari baru blh bt.. tak pela mak.. berkat pengorbanan mak dari along lahir sampai dah besar ni along jadi mcm ni.. alhamdulillah..

Aaamiin..

Love you all..

Saje kongsi kisah td.. suka2 saja..

Friday, 13 January 2017

TestJpJ

😭 dapat no 7 sesi 1.. last2 failed .. apakan daya .. nanti cuba lagi.. mak abah pun bagi sokong penuh.. love you mak abah.. lpas ni kena la bawa bantal lebih.. satu tuk duduk, satu tuk sandar belakang .. yela ketinggian 149cm je .. yg masih sya tak faham kenapa encik tu marah sya langgar sampah?? Kalau salah sya minta maaf lagi sekali.. huhu

10.01.2017

Sunday, 8 January 2017

DEAR HATI



Mohon kembali kepada sang pencipta.. meski hati tersakiti oleh hamba-hambaNya , kau masih ada DIA yang masih mahu mendengarkan setiap keluhan hati kau ..

YA ALLAH ,
Ampunkan hambamu, ampunkan hatinya yang banyak terasa dengan perangai manusia diluar sana. Aku masih takkan pernah dapat melupakan apa yang dilakukan oleh mereka yang kejam yang sanggup memecah-belahkan keluarga aku . aku takkan dapat lupakan dendam yang tersemat dalam jiwa ni sampai bila-bila . Maaf andai suatu hari dendam ini makan diri aku sendiri . Apakan daya teramat sakit apabila semua fitnah diketahui keluarga , lagi sakit apabila seolah-olah dibuang keluarga kerana termakankan kata-kata fitnah tersebut . ALLAHU AKBAR , hatiku masih teramat lemah untuk memaafkan orang-orang yang kejam terhadap aku . Aku manusia yang tak lari dari kesilapan. Maafkan hati ini seandainya masih tak dapat menerima orang-orang tersebut . SAKIT YA ALLAH , amat SAKIT sekali. Tidakkah mereka berfikir bagaimana seandainya nasib mereka sama seperti aku kelak.


HAI MANUSIA,
Seandainya ada orang mengganggu keluarga kamu, adakah kamu akan mendiamkan diri. Tidak ada sedikitkah pembelaan terhadap maruah dan aib keluarga kamu. Aku sedikit pun belum pernah mengganggu keluarga orang. Ya, ini bahagianku. Aku redha, aku cuba belajar untuk menjadi seorang dewasa.

AKU SUNYI,
Tiada tempat mengadu antara manusia. Sekarang baru aku mencari SANG PENCIPTA kerana DIA satu-satunya yg MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI setiap kata hatiku. Aku hanya bermohon kepada ILLAHI, maafkanlah hati ini kerana tak dapat memaafkan hambanya 2 orang tersebut sampai bila-bila. Kurangkanlah rasa dendam dalam hati ini. Hati aku masih sakit dengan kelakuan hambanya itu. Aku hanya manusia biasa yang masih belum dapat memafkan mereka.


MENANGISLAH WAHAI HATI. MENGADULAH PADANYA
MENGADULAH PADANYA SAMPAI KAU PUAS. SAMPAI KAU DAPAT MELUPAKAN MASALAH KAU WALAUPUN HANYA SEMENTARA. BANYAKKAN MEMBACA “LAA HAWLA WALA QUWWATA ILLAH BILLAH”.MULAI HARI INI JANGAN SESEKALI MEMPERCAYAI ORANG LAIN. NEVER EVER FOREVER.😢😢😢