Assalamualaikum .. Wanie pernah janji dengan opah bila wanie dah besar, wanie nak bawa opah jalan-jalan.. tapi tak kesampaian.. opah pergi masa wanie umur 13 tahun.. mmg tak sempat nak dapatkan lesen .. bila wanie dah 24 tahun ni la baru terhegeh-hegeh nak dapatkan lesen .. kekesalan itu ada tapi apakan daya Wanie kena terima qada' dan qadar Allah
Wanie cuma bayangkan yang opah sentiasa ada dengan Wanie.. Wanie dah lupa kenangan kita bersama dulu.. tapi Wanie tak boleh lupa kasih dan syg yg opah bagi pada wanie ..
Sekarang Wanie dah mula pentingkan mak abah dan adik-adik.. jangan ada sikit pun yang sentuh diorg, Wanie sanggup berperang (tapi bukan perang guna pedang tu). Mulut ni akan segera jadi lancang dan jahat . Wanie cuma nak bahagia dengan keluarga Wanie.. tanpa diorg siapalah Wanie ni
In shaa Allah, kalau wanie bertemu seseorang dan bersama dia kelak. Wanie akan bawa dia kepada opah. Wanie takkan pernah lupakan kasih sayang yang opah bagi pada Wanie.
HANYA OPAH , WANITA YANG TERHEBAT KERANA LAHIRKAN ANAK SEPERTI MAK .. MAK SENTIASA BERSAMA WANIE KETIKA SUKA DAN DUKA WANIE .. SAMA MACAM OPAH..
TERIMA KASIH YA ALLAH ATAS KASIH DAN SAYANG YANG ENGKAU BERI INI ..
Semoga opah tenang disana.. doa Wanie sentiasa bersama opah ..
No comments:
Post a Comment