Mohon kembali kepada sang pencipta.. meski hati tersakiti oleh hamba-hambaNya , kau masih ada DIA yang masih mahu mendengarkan setiap keluhan hati kau ..
YA ALLAH ,
Ampunkan hambamu, ampunkan hatinya yang banyak terasa
dengan perangai manusia diluar sana. Aku masih takkan pernah dapat melupakan
apa yang dilakukan oleh mereka yang kejam yang sanggup memecah-belahkan
keluarga aku . aku takkan dapat lupakan dendam yang tersemat dalam jiwa ni
sampai bila-bila . Maaf andai suatu hari dendam ini makan diri aku sendiri .
Apakan daya teramat sakit apabila semua fitnah diketahui keluarga , lagi sakit
apabila seolah-olah dibuang keluarga kerana termakankan kata-kata fitnah
tersebut . ALLAHU AKBAR , hatiku masih teramat lemah untuk memaafkan orang-orang
yang kejam terhadap aku . Aku manusia yang tak lari dari kesilapan. Maafkan
hati ini seandainya masih tak dapat menerima orang-orang tersebut . SAKIT YA
ALLAH , amat SAKIT sekali. Tidakkah mereka berfikir bagaimana seandainya nasib
mereka sama seperti aku kelak.
HAI MANUSIA,
Seandainya ada orang mengganggu keluarga kamu, adakah kamu
akan mendiamkan diri. Tidak ada sedikitkah pembelaan terhadap maruah dan aib
keluarga kamu. Aku sedikit pun belum pernah mengganggu keluarga orang. Ya, ini
bahagianku. Aku redha, aku cuba belajar untuk menjadi seorang dewasa.
AKU SUNYI,
Tiada tempat mengadu antara manusia. Sekarang baru aku
mencari SANG PENCIPTA kerana DIA satu-satunya yg MAHA MENDENGAR LAGI MAHA
MENGETAHUI setiap kata hatiku. Aku hanya bermohon kepada ILLAHI, maafkanlah
hati ini kerana tak dapat memaafkan hambanya 2 orang tersebut sampai bila-bila.
Kurangkanlah rasa dendam dalam hati ini. Hati aku masih sakit dengan kelakuan
hambanya itu. Aku hanya manusia biasa yang masih belum dapat memafkan mereka.
MENGADULAH PADANYA SAMPAI KAU PUAS. SAMPAI KAU DAPAT MELUPAKAN MASALAH KAU WALAUPUN HANYA SEMENTARA. BANYAKKAN MEMBACA “LAA HAWLA WALA QUWWATA ILLAH BILLAH”.MULAI HARI INI JANGAN SESEKALI MEMPERCAYAI ORANG LAIN. NEVER EVER FOREVER.😢😢😢
No comments:
Post a Comment