Kul 12 aku dikejutkan opah.. opah memegang minyak afiat .. opah suruh aku urutkan dada .. masa tu dada opah berombak2 seperti menahan sakit .. opah menyandarkan sedikit badannya di papan katil tmpt aku tdo.. opah aku bersuara "wanie, opah nak air minum".. segera aku menuruti apa yang opah mahu .. aku segera menyuakan air pada opah.. opah minum hanya sedikit sekadar mahu membasahkan tekak.. aku meneruskan lagi mengurut blkang opah pulak .. masa tu aku dah menangis.. aku berdoa pada Allah .. "ya Allah sembuhkan opah segera. Aku tak nak kehilangan opah. Aku sayang opah" .. tiba2 opah bersuara lagi, opah cakap opah nak air.. aku pun menyuapkan lagi, opah hanya mnum sedikit sgt.. opah pun terus baring .. masa tu aku tak tahu apa2, aku baru berusia 13 tahun .. aku cuma dengar opah cakap "Allah.. Allah.. Allah.. lpas tu keadaan jadi mcm cepat sangat..aku nampak tangan opah seakan jatuh lemah di tepi katil ..
Sambil menangis aku mendapatkan telefon, aku lantas mendail no tel rumah mak .. "hello mak, opah sakit." Mak aku suruh aku kejutkan jiran tp aku takot.. jam menunjukkan kul 03:00 pg..
Mgkin mak telefon makck aku, makck aku sampai. Makck terus dapatkan opah .. dia ckp "opah dah tak ada" .. aku terus menangis dan menangis .. aku kehilangan orang yang paling aku sayang ..
Beberapa minit kemudian mak abah n adik2 aku pun sampai.. kami diselubungi kesedihan .. hari itu hari yang paling pedih untuk aku jalani ..
Semuanya makcik2 yg uruskan.. aku hanya menemani opah .. tiba masa opah dimandikan , mak panggil aku untuk mandikan opah buat kali terakhir.. smbil menahan rasa sebak aku menuruti ape yang mak aku arahkan
Setelah opah selesai dimandikan dan dikafankan , mak panggil aku lagi untuk mencium opah untuk terakhir kalinya .. puas mak memujuk menarik tangan aku.. aku cuma cakap "along tak mampu mak.. along tak mampu.." *bila aku dah dewasa baru aku menyesal.. kalau aku kuat masa tu mesti aku dapat kucup opah buat kali terakhir ..
Orang-orang yang hadir semua mencari aku.. ye la aku yang tinggal dengan opah, teman opah .. semua hulur duit pada tangan aku .. setelah majlis selesai , aku hulurkan duit tu pada mak.. mak aku tanya "ni duit untuk ape" .. aku cakap la "duit ni ada orang ramai bagi along.. along nak tambah untuk opah. Ni bukan untuk along"
26.04.2006 tarikh yang takkan aku lupa sampai bila-bila
Tarikh yang sama dengan hari kelahiran abah ..
Kebetulan yang paling pelik
*Dalam sebulan tu aku ingt lagi aku hari-hari telefon mak abah, aku nak minta sapu tangan. Hari-hari, sampai abah pelik. Ni dah lain dah ni.
*opah aku suruh aku solat , aku angkat kipas dari luar ke dalam bilik.. opah cakap "wanie, nanti dalam kubur mana ada kipas"
*tapak kaki dan tapak tangan aku terasa gatal .. aku tak dapat nak bayangkan gatal dia tahap yang macam mana. Hanya Allah yang tahu. Rupanya aku nak keluar dari rumah tu dan aku terima banyak duit dari orang kampung (budak kecik mana boleh simpan banyak duit) ..
*mata kiri aku selalu berdenyut. Rupanya nak meratapi pemergian opah.
*sejak aku tinggal dengan opah dari tadika dia tak pernah berganjak tempat tdo dengan aku, tapi pada bulan tu dia tidur di luar katanya senang nak bangun.. rupanya opah nak mengasingkan diri dia.
Aku tak lagi makan gulai tempoyak, aku hanya makan bila opah masak .. lpas dari tu nak rasa ckit pun tak blh dah..
Tu je yang aku nak kongsikan.. rasanya banyak lagi .. sebelum lupus dari ingatan baik jadikan penulisan.
130129 -kena simpan ni smpai bila2 ..
Al fatihah buat opah..
No comments:
Post a Comment