Wednesday, 29 January 2020

CS

7:30 aku,mak,adik aku bertolak ke hospital. suasana sejuk baru sahaja lepas dilimpahi hujan rahmat. dalam perjalanan nak ke hospital pun masih hujan. smp di hospital kul 8:20.
aku diturunkan kerana mak dengan adik nak mencari parking. aku pun berjalan perlahan-lahan menuju ke tempat nak X-ray. aku bertanya pada pak guard. mulanya aku pergi ke tmpt X-ray apa xtau. orang tu ckp bukan disini. dekat ortho. 😔 . adehhh.. aku pun jalan lagi ke tempat ortho. dah la jauh. tye lagi ada guard indian kt situ. dia ckp NI KAT SINI LA AKAK, AKAK AMBIL NOMBOR DULU BARU PERGI X-RAY. aku pun ambil no, lepas tu pergi X-ray. masa menunggu tu ,aku masih sndiri. dah la susah nak contact mak aku. parking masih tak ada lagi. setelah nama dipggil untuk X-ray ,aku masuk ke bilik X-ray tu. cara dia buat dgn hospital swasta berbeza sgt. aku risau je tulang aku xnampak. tp bila tgk pada skrin lampu tu ada npk sikit. doc ckp tggl keradangan je. kena buat exercise. skit masih lg rasa kalau byk jalan😌. spanjang perjalanan aku dalam hospital tu aku sndiri. guess what. aku belajar masa tu smua kena buat sndiri. cma nak ambil ubat tu aku call tye mak aku mcm mna nak bt😂😂 
Doc bagitau mula-mula cari lapik lembut dalam pemakaian kasut kita sebab aku punya kerja kena pakai safety boot lepastu exercise mcm yang fisio ajar. then, urutan kaki kena kebelakang. aku tak reti buat. rasanya kena org lain yang buatkan bru blh. tp aku bersyukur sgt aritu tulang aku nampak tajam sekarang dah jd bulat. alhamdulillah . erkkkk. tu je la coretan aku. sekian .

Saturday, 18 January 2020

kisah aku dan Calcaneal Spur

15 Nov 2019
Aku diminta oleh doktor tempat kerja aku untuk pegi Xray kaki aku. aku dah sakit tumit hampir sebulan . aku malas nak cerita pancaroba yang aku alami. yang pasti aku dah selamat jalankan pemeriksaan dan mmg betul kaki aku ada SPUR.  tp dia cuma Xray sebelah kanan je walaupun aku ckp kaki kiri aku pun ada sakit.. lepas je aku Xray ,kawan aku terus bawa aku pergi klinik panel. doc cakap mmg ada tulang tumbuh dan tajam di bawah tapak kaki. Doc syorkan aku refer pakar . dia keluarkan surat untuk HOSPITAL PERMAISURI BAINUN .
thanks to my friend mista M . 
kaki aku selepas xray. mmg flat. susah woa nak cari kasut😂

beberapa minggu selepas tu kaki kiri terasa. berat badan pun memainkan peranan😪.  

06 dec 2019
aku jmpa doc pakar. oleh kerana aku pekerja swasta aku kena bayar rm30. 
doc tye ada accident ke😂 , jatuh atau apa². smua tak ada. aku sendiri tak tahu apa punca aku dapat spur ni. hampir sekeliling kaki smp bawah rasa menyucuk dan berdenyut. 
aku diberi ubat cerebrex dan ubat panadol. aku tak tahan makan ubat cerebex ,dapat gastrik(kuat) lpas makan ubat ni doc ada jugak suruh aku rendam ais😌 tak tahan aku nak rendam ais..

aku ada juga buat urutan tradisional tapi tak jalan. makin skit kaki aku. dia suruh rendam air panas dgn garam kasar. sementara je ok. 

15jan 2020
aku menjalani fisio . mulanya dia check kaki aku,ditekan2 tempat yg skit. aduii memang tepat dia tekan. lepas tu dia bawa aku tempat untuk cuci kaki sebelum rendam dalam rendaman wax(lilin) . celup 6x lepastu masuk dalam plastik,sarung lg dengan kain biru selama 15mnt. lepas rendam tu dia suruh buat exercise kaki. jengkit² gitu. ada 3 step. aku ingat 2 step je. dia kata kaki aku flat. aku baru tau. erm. next 2 mggu aku akan menjalani ujian xray. 

#sakit ni ujian semata². kita jalaninya dgn sabar.