Aku diminta oleh doktor tempat kerja aku untuk pegi Xray kaki aku. aku dah sakit tumit hampir sebulan . aku malas nak cerita pancaroba yang aku alami. yang pasti aku dah selamat jalankan pemeriksaan dan mmg betul kaki aku ada SPUR. tp dia cuma Xray sebelah kanan je walaupun aku ckp kaki kiri aku pun ada sakit.. lepas je aku Xray ,kawan aku terus bawa aku pergi klinik panel. doc cakap mmg ada tulang tumbuh dan tajam di bawah tapak kaki. Doc syorkan aku refer pakar . dia keluarkan surat untuk HOSPITAL PERMAISURI BAINUN .
thanks to my friend mista M .
beberapa minggu selepas tu kaki kiri terasa. berat badan pun memainkan peranan😪.
06 dec 2019
aku jmpa doc pakar. oleh kerana aku pekerja swasta aku kena bayar rm30.
doc tye ada accident ke😂 , jatuh atau apa². smua tak ada. aku sendiri tak tahu apa punca aku dapat spur ni. hampir sekeliling kaki smp bawah rasa menyucuk dan berdenyut.
aku diberi ubat cerebrex dan ubat panadol. aku tak tahan makan ubat cerebex ,dapat gastrik(kuat) lpas makan ubat ni doc ada jugak suruh aku rendam ais😌 tak tahan aku nak rendam ais..
aku ada juga buat urutan tradisional tapi tak jalan. makin skit kaki aku. dia suruh rendam air panas dgn garam kasar. sementara je ok.
15jan 2020
aku menjalani fisio . mulanya dia check kaki aku,ditekan2 tempat yg skit. aduii memang tepat dia tekan. lepas tu dia bawa aku tempat untuk cuci kaki sebelum rendam dalam rendaman wax(lilin) . celup 6x lepastu masuk dalam plastik,sarung lg dengan kain biru selama 15mnt. lepas rendam tu dia suruh buat exercise kaki. jengkit² gitu. ada 3 step. aku ingat 2 step je. dia kata kaki aku flat. aku baru tau. erm. next 2 mggu aku akan menjalani ujian xray.
#sakit ni ujian semata². kita jalaninya dgn sabar.
No comments:
Post a Comment