Sunday, 12 November 2017

Nur Liyana Rosli

Korang nak tau tak? Liyana ni membe aku masa aku kerja di syarikat perindustrian a.k.a Kilang la. Aku memang gemar sangat buli Liyana. Tapi buli yang baik-baik je. Huhu. Dialah kawan susah senang aku. Lepas 5 tahun aku berhenti dari tempat tu pun kami still contact. Tapi susah nak jumpa sebab shift berbeza.
Dia selalu buat aku ketawa dengan perangai dia. Hahaha. Aku pernah marah dia tapi tak ada lah sampai tak bertegur. Dia sebaya dengan aku. Aku pun tak tahu la sejak bila yang boleh rapat. Sedar-sedar dah bertahun-tahun beb. Ni yang baru kenal 4 bulan pun terus tak bertegur. Aku tabik Liyana ni sebab dia tak pernah sakitkan hati aku. Tak pernah nak kutuk aku. Tak pernah lagi la kacau hidup aku 😂.. kalau kacau hidup aku siap la.
Buat masa ni aku akan kenang kau sahabat. Kita kawan sampai bila-bila k.

No comments:

Post a Comment